Thursday, June 18, 2009

Cinta itu buta?


Memang cinta itu tidak bermata,
Tapi tidak pula buta,
Kerana kitalah
mata itu,
Mata yang letaknya di hati,
Hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya

bukannya...
yang disuluh dari cahaya duniawi.
Seharusnya janganlah biar ia
dikaburi nafsu ,
Kelak ketajaman mata itu kian hilang bisanya lalu terus tumpul.
Asahlah ia dengan
zikrullah,
Siramilah ia dengan basah lidah suarakan selawat buat Rasullullah,
Suburilah ia dengan muhasabah...

**************************
Kenapa dikatakan cinta itu buta??
Kerana bila tidurnya tidak lena ,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang
tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,

Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,
Bila yang haram menjadi halal,
..berjalan beriringan sambil
berpegang tangan,
.. naik motor
berpelukan takut tercicir dijalanan,
.. lama -kelamaan
kesucian menjadi korban,
Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
Yang paling diendahkan..:
Bilamana tanggungjawab sebagai hambaNya mula diabaikan,
Bilamana
kitabNya sudah tidak betah ditangan,
..dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..

*****************************************************
Ya Allah, jangan kiranya hati itu milikku,
Ya Allah, jangan juga kiranya anak itu adalah aku,
Ya Allah, ku tak sanggup memiliki tangan itu,
Ya Allah, jauhkanlah dari 'dimiliki' mahupun memiliki cinta seperti itu.
Ya Allah, ku takut kiranya akulah hambaMu yang tidak bertanggungjawab itu…

Ku pohon padaMu, payungilah aku dari panahan nafsu syaitan,
Ku harapkan teduhan di bawah lembayung rahmatMu,
Ku tagih redup dari rimbunan pohon kasih sayangMu,
Ku tahu ya Allah, ku tak layak menghuni syurgaMu,
tapi tidak pula ku ingin ke NerakaMu..Amin.
Namun begitu ya Allah, layakkah aku untuk
CINTA AGUNGMU??

petikan dari iliuvislam.com

Saturday, June 13, 2009

Doa Zulaikha....


Seandainya telah kau catatkan dia milikku... Tercipta buatku, dekatkan dia padaku… Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi… Seiringan kami dalam melayari… Hidup kesepian yang sejahtera… Tetapi Tuhanku… Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku… Luputkan dia dari ingatanku… Ya Tuhan…Maha Mengerti Gantikanlah yang telah hilang, Meskipun tak akan sama dengan dirinya… Ya Tuhanku… Berikanlah kekuatan agar aku rasa bahagia walaupun tanpa dirinya… Jika benar cinta itu cinta sejati…maka bebaskan itu. Jika benar cinta itu suci…ia akan datang dengan sendirinya… Tetapi jika cinta itu pergi dan tidak berkunjung lagi, Maka anggaplah cinta itu memang tidak wujud dari awal lagi… Jika benar dia dijadikan untukku… Maka rapatkanlah hubunganku dengannya… Tetapi… Jika dia bukan dijadikan untukku, maka jauhkan aku daripadanya dan Hapuskanlah perasaanku terhadapnya. ~ AMIN~


buat kawan2 aku yang dah berpunya tu semoga bahagia selalu....

ni sebab sume baru masuk 21..sume tgh sbuk cakap sal cinta...hahaha :D

Taman Teman....

Nama ni saya pilih sebab dah takde idea nak
letak nama ape hehehe...skali keluar nama ni.
Pilih nama ni sebab blog ni hanya akan dibaca
oleh teman2 aku yang baik2 sumenye...hehehe
sebenarnye tak berape ade idea lagi ni...kalau
nak citer sal yang berlaku kat ump ni bnyak
sangat...dah lupe dah ape...tapi takpe nanti kalau
ada bende2 menarik aku akn kongsi...tu pon klau
rajin aku nak bloging2 ni hehehe...

my first blog....hahaha

Akhirnya aku pon ada blog sendiri jugak.
Tkpe la bukak time bosan sudah...hahaha...

Selama ni dok tengok orang lain je bloging2 ni

sekrang dah ade yang sendiri..hahaha..aku telah tewas!!!
Kak B berjaya mempengaruhi aku...wawawawa....
Lepas ni kene paksa azi pulak buat blog...hahaha :D